Wednesday, July 16, 2008

Pertemuan pertama

“Alamak! Anis dah nak pergi ni, sabar la kejap kan tadi ana dah suruh dia tunggu sekejap, apalah Anis ni tadi kata nak tunggu aku, panjang la barisan nak pinjam buku ni.” Rungut Nadia dalam hatinya. Sekarang tiba gilirannya, sembilan buah buku semuanya. “Terima kasih kak”, kata Nadia kepada kakak librarian itu, lalu dia terus bergegas pergi dengan kalutnya kerana ingin mengejar sahabat baiknya itu, “Anis”, laung Nadia dengan agak kuat, tapi, tiba-tiba, kababoom!!!! Dia terlanggar seseorang dan habis berterabur buku yang dipinjam tadi di atas lantai, Anis yang terdengar bunyi kekecohan itu terus memberhentikan langkahnya sambil terkejut melihat sahabat baiknya itu terduduk diatas lantai dengan buku-buku tebal Child Psychology and Physics yang di pinjamnya buat rujukan assignments psychology dan sains berselerak, “Dia mengamuk kat sini buat ape la…,” bisik Anis, lalu Nadia bangun sambil mengutip buku-bukunya yang berterabur sambil ditolong oleh orang yang melanggarnya tadi, tapi pertolongan itu ada bayarannya, terpaksa la Nadia dengar syarahan pendek lagi padat dari lelaki yang tak di kenalinya itu “Ape la awak ni, lain kali jalan tengok depan la, ni la, pakai tudung labuh, jalan pun asyik tengok bawah je, tunduk kan pandangan konon, tu la, tunduk sangat sampai langgar orang lain pun tak sedar. Dah la terlanggar orang, terpijak plak kaki aku ni, sakit betul, kalu ringan takpe jugak…” dan bla, bla….sampai la Anis hadir ke sisi Nadia ingin menolongnya. Dengan tiba-tiba, si dia terus berhenti membebel. Lelaki itu terus senyap dan asyik memandang Anis tanpa kata-kata. Kemudian, tanpa banyak kata, Nadia terus akhiri situasi yang memalukannya itu dengan lafaz “Ana minta maaf ye, saudara.” Kemudian, Nadia dan Anis terus berlalu dari situ “Enti la kata nak tunggu ana, ana pun kalut-kalut la nak kejar enti keluar tadi”, kata Nadia. “Enti pun satu, memang takda dua atau tigalah, ana nak pergi toilet sekejap la, nature call, kalau ana kata nak tunggu tu,insyaallah ana pasti kotakan janji kan, pernahkah ana menipu enti ni..” kata Anis, “Oh ye ke, tapi tak kisah la, kejadian tadi betul-betul memalukan ana, astagfirullahalazim,betul-betul memalukan, enti perasan tak semua orang yang ada kat situ asyik lihat kat ana je, macam la ana yang salah, rasanya nak panggil je Hero Nakamura to stop the time pada masa tu”terang Nadia. “Memang salah enti pun…” ketawa kecil Anis teringatkan gelagat Nadia sebentar tadi. Nadia terus menekup mukanya sambil meneruskan perjalanan mereka ke kuliah Fizik yang bakal bermula, “Dah la tu, there is no use to cry over spilt milk kan, apa yang dah terjadi di jadikan peringatan ye Cik Rakana oi, dah jangan tutup muka tu, nanti langgar orang lagi” nasihat Anis, sambil ketawa sinis. Di rumah sewa mereka Nadia sememangnya terkenal kekalutannya, bangun tidur lambat sikit dah kalut, terlewat masuk kelas 2 minit pun rasa risau sangat-sangat kalau terlepas waktu meals dia pun rasa risau sangat, tapi kalau lewat menunaikan solat kalau dah masuk waktunya pun dia lagi risau, itu lah yang membuatkan Anis menyayangi sahabatnya yang satu itu, sehingga roommates yang lain menggelarkan RAKANA (RAtu KAlut NAdia)
To be continue….

Fresh from the farm...

Hai, this is not an official blog, you just can log on and give comment on my simple story of so ont true about lilo (life+love), hehe, not try to copy anyone's work, this is original, fresh from the farm....
lastly lets sing and relish this famous amous song from me, ehem,ehem

Fish from the sea,
sour on the land,
In the pot,
become unity.....

hahaha, I dont care, I like this song very much.. I love all of my friends very much...(",)