Friday, March 13, 2009

Cerita disebalik cerita

Untuk mereka yg atau sedang berfikir atau sekadar terfikir tentang kehidupan (for those who is wondering, still wondering, was wondering or coincidently wondering about life; yup, before you dead, no more time to think!!!)

Kesedihan yg melanda hati ini tidak mampu diungkapkan, ramai yg tidak melihat senario di sebalik tabir kehidupan duniawi ini, apa yg dilihat dgn mata kasar menjadi panduan hidup, hikmah di sebalik kejadian pentas lakonan yg sementara tidak di ambil peduli. Pengarah berhak memberi skrip lakonan kpd setiap pelakon di atas pentas mengikut rentak kehendaknya. Pengarah memberi watak dan karakter yg berbeza-beza pd setiap pelakon mengikut kesusaiannya. Ada yg mendapat watak antagonis dan ada yg mendapat watak protagonis dan ada yg mendapat watak sampingan shj. Terpulanglah kpd setiap pelakon utk melakonkan wataknya dgn baik sehingga mampu meraih anugerah Oscar, atau dia terus menjadi seorang pelakon yg hanya sekadar memegang watak sampingan, tidak mahu atau tidak mampu menonjol sampai bila-bila. Terpulanglah kpd pelakon yg meraih anugerah itu mahu menolong dan memimpin pelakon-pelakon yg baru atau pelakon-pelakon sampingan itu utk bersama-sama meraih anugerah Oscar itu. Di pertengahan perjalanan setiap sketsa, pasti ada yg melakukan kesalahan perlakuan atau bahasa yg menyimpang dr apa yg termaktub dalam skrip. Terpulanglah kpd para pelakon samada mahu terus melakukan kesalahan yg sama tau kembali mgnikut skrip yg telah di tetapkan. Setelah semua pelakon membawa watak masing-masing, dan tirai sketsa di labuhkan, di penghujungnya pasti ada kesudahan yg mampu memberi impak kepada para penontonnya, atau hanya sekadar mengisi masa lapang penontonnya, ataupun ada yg meninggalkan cerita itu dengan kesudahan yg tergantung… terpulanglah kepada pengarah utk mengambil para pelakon yg sama utk lakonan yg seterusnya ataupun pengarah itu berhak menamatkan shj watak pelakon itu dengan menggunakan kuasa yg ada di tangannya… fikirkanlah… kehidupan yg sementara ini selagi anda mempunyai akal fikiran yg waras, berjalanlah di bumi Allah menggunakan mata hati bukan menggunakan mata yg mati, gunakanlah minda yg cerdas utk mengambil ibrah dari cerita-cerita orang-orang yg terdahulu di dlm Al-Quran, mukjizat terulung dunia yg tak mampu tertanggung oleh gunung.. wahai umat Rasulullah pilihan Allah, hamba yg hina dina, khalifah yg terhebat yg mampu menggoncang dunia