Majid gelak dengan kuatnya sebaik sahaja Nadia dan Anis melangkah masuk ke dalam Dewan Kuliah F itu, kalau nak diikutkan hati, nak saja Nadia lari keluar dari situ kerana malu yang teramat sangat, tapi dah menjadi tanggungjawab seorang pelajar untuk menuntut ilmu walaupun dunia ni dah nak kiamat. Siapa yang tak kenal dengan Majid tu, dia kalau bab kenakan orang lain, memang tahap Master la, tapi kalau bab ketawakan orang dah tahap PHD kot. Ini semua sebab dia ternampak Nadia jatuh kat library sebentar tadi la tu. “Tak pe Majid, ada lori ada bas, ada ubi ada batas,ada adabi ada babas…..ada hari pasti aku balas” niat Nadia dalam hatinya dengan muka yang merah menyala. Setelah Nadia sedar niatnya yang telah terpesong itu terus dia beristhighfar. Dia tahu walau apa pun kejahatan yang dilakukan oleh orang lain ke atas seorang manusia yang lain, mendoakan supaya orang yang zalim itu mendapat balasan dari Allah S.W.T adalah perkara yang akan dilakukan oleh orang tidak ada ilmu ataupun jahil. Bersabar adalah jawapan segala masalah dan Nadia pasti berdoa agar dia mendapat pentujuk dari Allah S.W.t dan segera bertaubat sebelum terlambat. Setelah habis kuliah tadi, Nadia terus berlalu pergi dari situ tanpa bertanyakan soalan kepada Prof. R yang dikaguminya itu seperti yang biasa dilakukanya sebelum ini. Kalau tidak, pasti je dia melulu pergi menahan Prof. itu keluar dari dewan kuliah kerana ingin bertanyakan soalan yang entah datang dari mana sebaik sahaja habis setiap lecture. “ Eh Nadia lajunya jalan, Enti nak kejar ape? Bas ke?” soal Anis. “Tak la, Ana lapar sangat ni, tadi tak sempat nak grab roti atau biskut kat bilik sebab dah janji nak wat discussion kui 8 pagi dengan group members” terang Nadia. “Sekarang ni dah pukul 5! Enti tak makan dari tadi? Kenapa tak bagitau Ana? Dah la ada gastric…” belum sempat Anis habiskan ayatnya, Nadia terus pintas kata-katanya “Dah mula la tu nak bagi ceramah free, tadi kat library dah dapat satu, sekarang pun Enti nak bagi ceramah lagi, bosan la. Ana lapar sangat ni, jom makan kat café Bakawali tu, Laksa penang dia sedap la.” “Eh budak sorang nie…” rungut Anis. Setelah Nadia membeli laksa itu, dia terus menjamah makananya tanpa melihat kiri dan kanan lagi, memang agak gelojoh sedikit la, Anis terus menegur Nadia kerana dia tak baca doa makan pun “Nadia ada orang share makanan dengan Enti ke?” , “takde la” jawab Nadia. “Enti nak sikit ke” pelawa Nadia kepada Anis. Anis menggelengkan kepala, dia terus menyambung kata-katanya tadi “ Ana nampak ada orang makan dengan Enti sekali sebab Enti tak baca doa pun sebelum makan”. “La, tu ke maksud Enti, Ana lupe la, syukran sebab ingatkan Ana. Sacarstic betul Enti ni, cakap je la terus yang Ana terlupe baca doa makan, ni kata ada orang makan dengan Ana…he, seram betul” kata Nadia yang sedikit teperanjat dengan kata-kata Anis sebentar tadi. Dalam keriangan mereka berdua bersembang, tiba-tiba muncul seorang jejaka yang dikenali tetapi yang tak mahu dikenali, tapi terpaksa dikenali, “Aaaah Adi la, malas and malunye nak tengok muke dia, muncul plak kat tempat awam macam nie, macam dah takde tempat lain dah, punyer la banyak giler café makan kat uni ni, kat sini jugak dia nak melantak, ish… hilang appetite aku”. Dengan keras Nadia berbisik dalam hatinya. Anis bingung melihat Nadia yang berhenti makan secara tiba-tiba tanpa diduga walaupun dia tahu Nadia tu takkan berhenti makan sewaktu dia tengah lapar sangat, tak kira la bumi nak bergegar ke, langit ni nak runtuh ke…tapi ni yang pelik ni. Kemudian, tidak jauh dari tempat makan mereka, kira-kira meja sebelah je la, mamat yang accidentally Nadia ni langgar tadi tu tengah makan kat situ, macam ada riak di mukanya yang masih tidak puas hati dengan kejadian pagi tadi. Menjeling semacam je, aura yang hanya dapat di ketahui oleh Nadia, Adi dan yang Maha Mengetahui. Nadia terus mengajak Anis bangun dari situ kerana seleranya dah hilang, dan Anis mengangguk faham, Nadia mengangkat mangkuk laksa yang masih ada sisa makanan itu, niatnya hendak meletakkan ke dalam besen pinggan magkuk yang telah disediakan oleh mak cik café di situ, tapi malangnya….tertumpah pulak di atas kepala seorang jejaka, jejaka yang duduk makan di meja sebelahnya, jejaka yang melanggarnya pagi tadi. Melopong tak terkata Nadia, speechless……..
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)