Thursday, January 8, 2009

Pertemuan keempat

“Pak cik, Lemon tea, dua gelas please, ice one ok, thank you”, kata Hambali kepada pak cik kedai makan di Café Angsana tu dengan lantangnya. “ Kenapa ko ajak aku datang sini Li? Ada ape2 yang ko nak cakap ker? Ko nak propose aku erk? Aku terima jer, besar tak cincin ko?” kata Adi kepada rakanya tue dengan bersahaja . “Ape? Ko gile, kitakan kaum sejenis, tak mungkin aku minat orang macam ko, aku still ingat tuhan k!” jawab Li dengan nada serius. “ ok,ok, relaks r, aku just pull your legs jer… tue pun nak naik hangin. So what’s the main reason ko bawak aku makan kat Café yang sememangye bukan taste ko nie? Saje nak belanja makan ke, tak mungkin, tak mungkin…” tanya Adi kepada Hambali dengan penuh tanda tanya. “ ko tunggu sini kejap, aku nak wat spot check skit, check it out!”, Hambali menjawab dengan penuh senyuman yang sinis sambil berlalu dari situ. “ La, takkan aku nak minum sorang-sorang kot kat sini, ko nak pi mana…” belum sempat pun Adi menghabiskan kata-katanya, Hambali terus berlalu dan pergi ke bahagian belakang café .
Entah apa yang hendak dilakukan pun Adi tak pasti. “ Lantak lah dia, asalkan dia belanja aku makan hari ini, ntah-ntah Li kenal tauke café ni, and dia boleh bagi diskaun lepas kitoarang makan kat sini, kalau dapat free lagi bagus,hehehe” angan Adi sambil ketawa sendirian, belum sempat pun Adi mekhatamkan angan-angan nya, dia dikejutkan dengan bunyi pinggan pecah dari bahagian belakang café dengan kuatnya, dia yakin pasti sesuatu telah berlaku kepada Hambali kerana dia nampak Hambali masuk ke dapur sebentar tadi. Adi bergegas ke bahagian dapur pantasnya bagaikan ‘unctrollable reflection’ bagi memastikan bahawa tiada berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada rakannya itu.
Sesampainya didapur, dia melihat banyak serpihan kaca-kaca yang bertaburan diatas lantai berhampiran dua orang manusia yang sangat-sangat di kenalinya, tapi yang lebih mengejutkan Adi, Hambali dan Ana(Nadia) adalah dua orang manusia itu, Adi tidak pasti akan atas apa yang sedang berlaku, tapi itulah hakikatnya. Adi pun tidak faham mengapa dia harus berjumpa dengan Ana dalam keadaan yang mengelirukan itu. Tapi yang pastinya, seseorang telah terluka, telapak tangan Ana mengalirkan darah dengan derasnya bagaikan rasa marah yang meluap-luap dari dalam hati Hambali menyebabkan luka itu bertambah deras dan berderailah air mata sang wanita yang lemah itu bagaikan mutiara yang tersimpan rapi yang tidak mahu diluahkan,tapi atas dasar kesakitan fizikal yang dialaminya, terpaksa dia akur sambil merelakan mutiara itu jatuh satu persatu dihadapan dua orang lelaki yang pernah menyakitinya, dan kini bertambah la malunya apabila majikan dan pekerja yang lain juga ada disitu sambil menyaksikan kejadian yang tidak disangka itu. Waktu bagaikan terhenti buat seketika (like a freeze frame in a theatre), bagaikan ada suatu kuasa yang memaksa semua orang yang berada ditempat kejadian untuk mentafsirkan siapakah yang melakukan kesalahan dan keatas bahu siapakah kesalahan itu bakal dan harus disandarkan.
Setelah beberapa minit, Hambali memulakan percakapan “Itu la perempuan, kalau tak reti buat kerja tu jangan la kerja, duduk kat rumah lagi bagus. Berdarah sikit pun nak nangis. Pergi balik lagi bagus, jangan nak menyusahkan orang,sesuka hati je nak lempar pinggan tu kat aku, nasib baik tak kena. Kalu kena muka aku, sapa yang nak ganti. Awak mampu ke? Ataupun tauke kedai ni?” kata Hambali dengan nada yang sambil menunding jari kearah Nadia dengan nada yang kuat dan amat marah. Seolah-olah menyalahkan Nadia atas apa yang berlaku. “Awak rasa semua ni salah saya ke? Awak yang mulakan dulu dan awak yang…” belum sempat pun Nadia membalas kata-kata Hambali, Adi mencelah dengan pantasnya “Sudahlah Ana! Ini pasti semua salah awak.” Tempelak Adi dengan kuatnya sambil menjeling dengan muka yang merah lagi marah kearah Nadia. Kemudian Adi terus berlalu dari situ dengan memegang erat tangan sahabatnya itu. Tapi yang pasti, ayat Adi tadi buat semua orang tercengang, sebab nama yang digunakan adalah Ana instead of Nadia, dan ayat tu memang dengan jelasnya ditujukan kepada Nadia, so siapa Ana?. Lawak pun ada, tapi disebabkan situasi yang serius tu, takda siapa pun ada hati nak ketawa masa tu.
“Adi, aku nak tanya sikit? Siapa Ana?” tanya Hambali kepada Adi dengan penuh curiousity. “Budak perempuan yang sakitkan hati ko tu la”jawab Adi dengan penuh yakin. “Oh, you mean her, she is Nadia, as far as I know, takder la pulak nama bahagian depannya Rohana Nadia ke, Ana Nadia ke or Ziana Nadia, just Nadia” terang Hambali dengan penuh teliti. “So, nama dia bukan Ana ke, Nadia? Oh no, it is in Arabic Language right, Ana means saya kan. Oh my God… patutla semua orang pandang aku semacam je tadi. Nape ko tak bagitau siang-siang, malunye….” muka Adi merah padam.

C.H.A.N.G.E.S by Azie_are

Changes are too difficult,

Changes need time, changes need courage, changes need effort,

Changes will not come easily,

Changes have to undergo a lot of obstacles, hard time and criticisms,

But, we cannot be defeated due to the hard obstacles

But, we cannot be halted due to the long duration

But, we cannot be frightened of the criticisms

So, what do we need is actually to make the first move, then we push ourselves gradually to
difficulties journey of the changes till we reach the goal of our live.

Don’t be afraid, start off the journey of changes with little that you already have, then, slowly gather the strengths and courage along the way!

Sunday, January 4, 2009

Pertemuan ketiga

“Az, Ifa, Wawa,Ziny jom kita keluar hari ni, ana bosan la asyik mengadap laptop ni 25 jam sehari, kalau nak diikutkan la, pertapaan dengan laptop ni, boleh dapat ilmu musnahkan blog orang lain ni, ye la asyik-asyik buat blog, naik block kepala ana ni. Az(Azwa), Ifa (Syifa), Wawa (Najwa) dan Ziny (Zinnirah) merupakan sahabat dan merangkap roommates yang kamcing la sejak first year lagi di UM. “Jom la kengkawan ku yang manis lagi cantik, bijak bestari dan bla…” kata Nadia dengan panjang lebar. “ Tengok la Nadia tu, kalau nak ajak kita ada je yang dia nak puji, tapi bila dia naik minyak…gajah kat hutan pun lari lintang pukang” kata najwa dalalm nada perlahan dan bergurau kepada rakakn-rakan yang lain. “Tapi betul jugak kata Nad tu, aku dah nak termuntah hijau kuning dah tengok laptop ni. Macam nak terkeluar je satu persatu perisian lembut yang kita belajar ni satu persatu dari otak aku yang dah tepu ni.”tambah Azwa. “Ye la tu, tapi Ziny tu nampak macam suka je manatap menatang tu, tak bergerak langsung dari tadi, ntah-ntah dia dah mati kaku depan laptop tu, ziny,ziny,ko ok ke?” kata syifa sambil mengusik Zinnirah. Sesampainya mereka semua di Jaya Jusco Cheras, mereka bershopping in 'couples', Anis berjalan seiringan dengan Nadia, Zinnirah dan Azwa dan akhir sekali Syifa dan Najwa.
“ Wah, wah, wah….. banyak betui ko shopping Anis, ni boleh bukak satu lagi shopping mall kat hostel nanti” kata Nadia kepada Anis dengan sinisnya. “ Enti pun aper kurangnya, nak bukak M. Emporium ke kat dalam bilik tu?” tersentak Nadia apabila terkena balik ‘paku serpih’ keatas dirinye sendiri. “ Ni semua tuk family ana yang tersayang kat kampong tu. Balik kampung kan satu sem pun berapa kali je, so nak amik peluang ni bagi hadiah kat orang tersayang, tak boleh ke?” terang Nadia kepada kawan baiknya itu dengan panjang dan lebar. Anis mengangguk bersahaja sebagai tanda faham. Siapa tidak kenal akan Nadia, kalau shopping bagai nak rak, tapi yang bestnya, all the stuffs are meant for her family members, only one or two cheaps things belong to her. “Apa? Tuk orang tersayang, membazir duit mak bapak betul budak-budak perempuan nih, kalau time Mega Sale, habis semua shopping centre diaorang attack, eeee, seram macam zombie kampung pisang” ngumam Adi di dalam hatinya setelah terdengar perbualan dua sahabat baik tu denag tidak sengaja, yang pasti, last part of the conversation yang paling clear dia dapat dengar ‘Tuk orang tersayang’,tu yang dia kutuk habis budak Nadia tu . “enti, ana dah letih ni, dah nak tercabut rasanya kaki ni, kalau ada kaki spare kan bagus…boleh ana pusing satu KL, hehehe”, kata Nadia. “Ye la tu, jom duduk kat situ, ada tempat kosong, eeem dekat dengan air pancut pulak tu”, ajak Nadia. Belum sempat mereka sampai kat tempat duduk yang diimpikan itu, Hambali and a friend muncul out of nowhere macam cerita Harry Porter da. “ Banyak korang shopping? Mesti banyak duit nih, kalau banyak sangat bagi la kitaorang pinjam. Takpun sedekah je buat amal jariah, hehehe” kata Hambali dengan nada lawak antarabangasanya yang tak lawak langsung kepada mereka berdua. “ A’aa, banyak la jugak, tapi kitaorang beli tuk ahli keluarga, bukan untuk sedekah jariah kat orang-orang macam ko ni. Datang sini nak ‘refresh your eyes’ la tu, kalau betul-betul awak nak duit cari saya kat café Angsana pukul 9 malam esok. Saya pasti bagi” kata Nadia dengan lantangnya dengan nada yang agak marah tapi masih lagi dalam keadaan yang terkawal. Belum sempat Hambali membalas kata-kata Nadia, mereka berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang lagi. “Ok, I’ll see you there”, balas Hambali dengan kuatnya agar Nadia tahu yang dia pasti kesana. “Tapi yang hairan nya, macam mana dia tahu aku datang kesini dengan niat tulus lagi ikhlas tuk ‘cuci mata’, aweks cun dah, mana boleh lepas chance yang banyak ni. Yang pasti, Nadia bakal memohon maaf kepada aku sebab dia tak akan dapat bagi duit kat aku, sebab aku tau, dia takkan bagi duit dekat aku dengan sesenang hati, pasti ada ikan bilis yang tersembunyi disebalik nasi lemak yang berbau harum itu. Well, just wait and see” bisik hati kecil nurani Hambali.
“ La, dia shopping tuk family ke, aku dah salah faham la ni!”kata Adi dengan nada yang agak kuat. “Salah faham? Ape?” tanya Hambali dengan penuh tanda tanya. “Takde paper…”balas Adi dengan muka selumbernyer.
“Ya Allah ya tuhanku, enti nampak tak sape yang ada kat sebelah Hambali tadi. Adi, budak yang ana langgar time dalam library tadi. Mati la ana, mesti kes café tu akan bertambah heboh la kalau si Hambali tu tau. Sure Heboh satu UM…malu la ana nanti” kata Nadia dengan nada bimbang kepada rakannya itu.
“Ish! Tak baik kita bersangka buruk kan Nadia, insyaallah Hambali takkan buat perkara yang seburuk itu. Tapi yang ana hairan ni, apa yang enti nak bagi kat Hambali kat café Angsana malam esok, duit ke?” tanya Anis dengan penuh kehairanan dengan conspiracy kawannya yang tak terduga itu.
“You just wait and see ok Anis, hehehe, luv u!” kata Nadia dengan senyumanya yang manis lagi sinis.